Kebocoran data

Kebocoran data ialah tindakan melepaskan maklumat selamat atau peribadi secara sengaja amhupun tidak sengaja kepada suatu perskitaran yang tidak selamat. Tindakan ini barangkali melibatkan maklumat kewangan seperti butiran kad kredit atau urusan bank, maklumat kesihatan peribadi, maklumat persendirian (PII), rahsia perdagangan milik syarikat mahupun harta intelek. Kebanyakan kebocoran data melibatkan data tidak berstruktur yang sangat terdedah dalam bentuk fail, dokumen dan maklumat sensitif.[1]